Tuesday, November 25, 2008

SEOUL !


Pada Ahad yang lepas kami sekeluarga telah makan beramai-ramai di restoran seoul di sebelah Federal Highway (depan RTM). Pada malam sebelumnya (sabtu) kami sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri doa selamat di rumah mak itam di Gombak Selangor. Majlis kenduri kesyukuran diadakan bagi menyambut kepulangan Apis yang telah tamat belajar di United Kingdom. Makan beramai-ramai di Seoul sempena Anim dapat first gaji dia. Seperti biasa ramai keluarga dijemput seperti klan mak chom abah ko, unt. chah, mumtaz, iqbal (yang kuat makan)kak yam-yam, kak long, EJ(baru beli super bike hahahahah) anim (tukang belanja) dan juga cuta. AIG seperti biasa yang extra aktif buat baba pening kepala. Terima kasih Anim semoga murah rezeki dan kalau boleh belanja lagi yek, tempat yang best k. .....

Saturday, November 22, 2008



Nie ha basekal ku yg baru menggantikan specialized HXRC ku. So far aku berpuas hati dengan performance orbea ku ni... Ala-ala Julian Abselon.... Spec orbea ku sangat berbeza dengan specialized aku yang dulu. Orbea ku ni di upgrade dgn 9 speed deore XT, crank alpha drive FSA, rock shock dart 3, orbea stem, ameoba borla handle bar dan RSA grip.

Friday, November 21, 2008

Gerekku Dalam Kenangan


Kini basekal ku specialized HXRC tinggal kenangan. Beskal ini telah bayak berjasa dan menjadi titik minit serta hobiku dalam mountain bike. Specialized HXRC ini merupakan basekal kedua selepas T-Bolt yang merupakan basekal pertama yang menjadi titik permulaan hobiku pada mountain bike. Kini telah beralih arah ke basekal Orbea.

Tuesday, November 11, 2008

SESI BUKAK HADIAH SEMPENA HARIJADI AIG

Happy Birthday to AIG!!!! sweet 2 years old. Bersama Cuta bukak hadiah kat rumah Wangsa Maju. Banyak hadiah yang imran dapat (semuanya mainan) hehehehehehe......

Monday, November 10, 2008

HAPPY BIRTHDAY AHMAD IMRAN GHAZI

Pada tanggal 7hb November 2008 (7 eleven)Ahmad Imran Ghazi genap umurnya 2 tahun. Majlis sambutan hari jadi imran diadakan di A&W Petaling Jaya(depan Amcorp Mall). Di A&W PJ imran memperaksikan tarian ala-ala kawan-kawan seperjuanganya seperti mickey mouse dan klan2 little einstein sewaktu majlis hari jadi anak kak mimik. So aku dan isteri decide buat majlis harijadi imran kat situ. Ramai saudara mara (seperti biasa klan wangsa maju) mak itam, lily dan kak mimik anak beranak serta kawan2 isteriku. Kawanku Muljal bersama isteri Amoi, anaknya Didi dan AlRazi hadir di majlis tersebut. Terima kasih atas kesudian mereka2 yang hadir dimajlis harijadi Ahmad Imran Ghazi @AIG.